Library Operating Hours for Saturday, 27 April 2024 : 8.00AM - 5.00PM
Home

Links

Cabaran pendidikan secara jarak jauh : kesedaran dan pendedahan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Posted on 04 October 2011 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Authorship Details
Zuraini Zakaria
Fatimah Hassan
Hasmawati Hassan
Noresah Hj Mohd Shariff
Publication Details
Language: 
Malay
Resource Type: 
Other
Publication Date: 
June 2006
Conference Name: 
A Research Report
Pagination: 
1-55
Summary

Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada negara,
masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan i1mu memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa
mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT
menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan ini cabaran
mengaplikasi ICT bagi sistem pendidikan secara jarak jauh (PJJ) dalam
menghadapi era globalisasi ini terutama dalam aspek kesedaran, penguasaan
dan perancangan masa depan adalah sesuatu yang kritikal dan maklumat jitu.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan dalam era
ICT sebagai satu cabaran pendidikan secara jarak jauh dan mengkaji tentang
tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh di semua Pusat Wilayah di
Malaysia. Selain itu kajian ini cuba mengenal pasti isu dan masalah yang wujud
daripada pembangunan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh dan
akhirnya mengemukakan beberapa cadangan dan pendekatan untuk mengatasi
isu dan masalah yang timbul di kalangan pelajar ini. Kajian yang menggunakan
kaedah soal selidik secara bersemuka dansecara pos menggunakan pelajar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) sebagai sampel kajian.
Beberapa siri lawatan ke beberapa Pusat Wilayah dan temubual dengan Tutor
Residen dan Juruteknik semasa telah dijalankan bagi mema"ntau dan mengkaji
penyediaan prasarana berkaitan ICT di Pusat Wilayah. Hasil kajian merldapati
bahawa kesedaran dan pendedahan pelajar PPPJJ' dalam ICT adalah masih
pada peringkat ~ederhana dan agak perlahan berbanding perkembangan
semasa. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT
ini dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar literasi dalam
komputer meningkat dan setaraf dengan negara maju. Infrastruktur dan
peralatanberkaitan ICT di PPPJJ dan Pusat Wilayah perlu dipertingkatkan agar
matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Suatu mekanisma dan visi serta ( '
misi pembangunan PPPJJ perlu digarap agar dapat menyaingi perubahan dan ~)
keghairahan yang dibawa' oleh ICT. Aplikasi ICT PPPJJper lu seiring dengan
perubahan semasa yang semakin canggih namun perlu dillbahsuai agar tidak
membebankan pelajar PPPJJ di samping menjamin daya saing dan kredibiliti
PPPJJ dalam mengembangkan i1mu melalui sistem yang'amat memerlukan
aplikasi dan perkasaan ICT ini. (Abstract by authors)

Full Text Download Resource Type
Download Full Text Other

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us