Library Operating Hours for Friday, 29 March 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Last updated on 09 August 2021
Connect to Database

Jurnal Pengajian Islam adalah jurnal akademik yang diterbitkan secara berkala (tahunan) oleh Pusat Pembangunan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Ia mula diterbitkan pada tahun 2006 sehingga tahun 2014. Walaupun begitu, jurnal tidak dapat diterbitkan pada tahun 2009 dan 2013 disebabkan beberapa masalah teknikal dan pengurusan. Enam buah Jurnal yang telah diterbitkan sebelum ini iaitu pada tahun 2006, 2007, 2008, 2010, 2011 dan 2012  adalah dalam bentuk konvensional iaitu dalam bentuk cetakan buku. Kemudian pada tahun 2014, Jawatankuasa Penerbitan Jurnal Akademi Islam telah memutuskan untuk menerbitkan jurnal 2014 dan tahun-tahun yang berikutnya dalam bentuk jurnal atas talian atau e-jurnal.

Artikel yang diterbitkan adalah yang berkaitan dengan tema Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Usuluddin dan Falsafah, Shariah dan Undang-Undang, Dakwah, al-Quran dan al-Sunnah yang ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Tujuan penerbitan jurnal adalah untuk mengembangkan bidang Pengajian Islam dalam cabang-cabangnya seperti yang telah disebutkan. Ia diharap dapat menjadi medium keapda ahli akademik untuk membentangkan pandangan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing. Artikel-artikel jurnal yang diterbitkan sesuai dijadikan bahan bacaan dan sumber rujukan ahli akademik, mahasiswa dan pengkaji.

Open Access

Access
This resource is not maintained or operated by OUM and is freely available to the general public via the Internet.

Dates of Coverage
Vol 12 No 1 (2019) - Current
Update Frequency
Biannually
Provider
Pusat Pembangunan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Format
HTML and PDF

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us