Library Operating Hours for Friday, 19 April 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home
Leisure Reading

Author(s): Azra Aryriesa
Publisher: Karangkraf
ISBN: 9789670184036
View Catalog

Hadirnya Dhia Maihani hanya untuk membahagiakan hati-hati insan yang disayanginya. Malah rasa hatinya dipendam lantaran sedar, dia tidak mampu untuk membalas rasa cinta itu kerana hayatnya sudah ditentukan waktunya.

Namun begitu, dia berusaha menyatukan Farhan insan yang dicintainya bersama mahfuzah, wanita yang mendambakan kasih Farhan. Apakah yang terjadi pada Dhia yang berkorban kasih dan bagaimana pula penerimaan Farhan apabila mengetahui keadaan Dhia yang sebenar?


Author(s): Emma Maizura
Publisher: Alaf 21
ISBN: 9789831246672
View Catalog

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun… seriuskah Halid?

Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!


Author(s): Nor Rafishah Md Hassan, Wijdan Syauqina
Publisher: Farjar Pakeer
ISBN: 9789673650361
View Catalog

Adam tidak pernah menghargai Marissa selaku tunang. Layanan hatinya juga tidak selayak itu. Dia hanya tahu dingin. Luqman bertemu Aisyah dalam keadaan yang tidak terduga. Dan ia membenih benci di hati gadis itu.

Apabila tunangnya, Marissa, mengalami amnesia setelah terlibat dalam kemalangan kereta dan tidak dapat mengingati dirinya, Adam mula berasa bimbang jika situasi itu akan membuatkan dia tersingkir dari hati Marissa. Lebih-lebih lagi apabila Salman yang menyelamatkan Marissa semasa kemalangan itu cuba merapati tunangnya.

Pertemuan yang membibitkan cinta di hati Luqman malangnya benci di hati Aisyah. Perjalanan cinta ke hati Aisyah tidak semudah yang disangka, namun kalau jodoh itu di tangan Tuhan tiada siapa yang dapat menolaknya. Namun, rumah tangga yang di bina putus di tengah jalan.

Dan kini, niat dua lelaki ini hanyalah satu, mengejar semula cinta hati mereka. Adam sedar dia sebetulnya mencintai Marissa. Lupa Marissa menyedarkannya. Luqman pula tahu cintanya hanya untuk Aisyah. Hilang Aisyah memberitahunya. Seharum bunga rampai, mampukah kasih sebegitu jadi milik Adam dan Luqman dalam memenangi hati insan tercinta? Akankah ada peluang kedua daripada Marissa dan Aisyah untuk lelaki yang masih bertempat di hati?


Author(s): Mastura Abdullah
Publisher: Alaf 21
ISBN: 9789675489969
View Catalog

Idayu mencari dirinya yang hilang bersama dengan kesamaran jalan yang dilaluinya. Ketika jatuh, dia terlihat sejalur cahaya yang diyakini dapat membantunya meneruskan perjalanan hidup. Sedikit demi sedikit dia cuba bangun dari kepayahan dan apabila berjaya menemui dirinya kembali, jalur cahaya itu menghilang dengan tiba-tiba. Begitulah yang terjadi dalam hidup Idayu.



Author(s): Normaslina Masri
Publisher: Jemari Seni
ISBN: 9789675118586
View Catalog

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA.
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I   
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti:

  1. bekerja tetap
  2. berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
  3. bujang/duda sahaja
  4. beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami [at] yahoo [dot] com sebelum 15 Oktober 2010.

Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula…


Author(s): Lia Azira
Publisher: Fajar Pakeer
ISBN: 9789673650279
View Catalog

Kehadiran perawan penuh keindahan bernama Farisha dalam kehidupan Shirhan laksana sentuhan bayu, lembut menghembus wajah. Pada saat sang jejaka memerlukan belaian halus kasih seorang wanita, ketika itulah Farisha muncul bagai mengusap duka pada jiwa seorang Shirhan.

Tapi kesedihan yang terlukis di mata awak seolah-olah menyimpan sejuta makna. Awak tak keberatan untuk terus berkongsi dengan saya, kan?”

Shirhan dan Farisha yang sentiasa dilambung ombak duga, menghempas pantai hati masing-masing. Ketika kebahagiaan bagai mahu menyentuh kalbu, mereka terus diuji. Shirhan menjadi idaman Rozana.

Bagaimana pula dengan nasib Rozana, yang sentiasa tidak akan mengaku kalah walaupun terpaksa bersaing dengan sahabat baiknya sendiri? Bagi Rozana, Shirhan tetap untuk dirinya kerana dia merasakan mampu memenuhi kesemua yang didambakan pemuda itu—kasih, sayang, perhatian, belaian dan kesenangan hidup.

Kuatkah Shirhan dan Farisha dalam mempertahankan tugu cinta mereka? Mampukah Shirhan menangkis godaan kesenangan hidup daripada Rozana pada saat dirinya terdesak? Tidak goyahkah keimanan Shirhan dalam meneruskan kelangsungan hidup, apabila diuji adik-beradik yang tidak mengenang budi? Madu yang diberi tuba, pula yang dibalas.

Pada Shirhan, Farisha tetap untuknya… hadir selembut bayu…







Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 13th April 2014

Get in touch with us