Library Operating Hours for Friday, 19 April 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Ada dalam hati
Posted on 13 September 2011 by Faridah Jumaatud-din (Librarian)

Author(s): Sofieza Isqandar
Publisher: Farjar Pakeer
ISBN: 9789673650194
View Catalog

Aidid Rayyan dan Jenissa, saling merindu, namun cinta yang tidak sempat diucapkan sering kali menyeksa jiwa. Aidid menyangka Jenissa telah pergi jauh daripadanya walhal keduanya sering berselisih di mana-mana.

Suatu ketika, Jenissa tersedar betapa memuncaknya rasa rindu hingga memaksa diri untuk mengalah. Jenissa hadir… tepat pada masanya. Aidid pula sedaya upaya cuba menggunakan kesempatan yang ada. Aidid menuntut jawapan dan balasan untuk cinta yang diungkapkannya. Jenissa yang pemalu akhirnya akur pada kata hati lalu. Bagaimanapun peristiwa itu berlaku jua, membuatkan Jenissa menarik balik semua ayat-ayat cinta yang dinukilkan buat Aidid Rayyan. Hatinya sakit apabila yang ada dalam hati tidak dihargai kekasih hati.

Sejauh manakah kuatnya cinta yang mampu menyatukan dua jiwa, jadi satu hati, sedang pelbagai konflik dikecohkan di sekeliling mereka? Dan benarkah hati seorang perempuan itu umpama kerak nasi yang akan lembut akhirnya? Mungkinkah perasaan yang ada dalam hati bakal melepasi semua gelora diri?


Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us