Library Operating Hours for Friday, 5 June 2020 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Menangani sifat marah
Posted on 25 November 2011 by Faridah Jumaatud-din (Librarian)

  • Author(s): Mohd. Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar
    Publisher: Jaypee Brothers Medical Publishers
    ISBN: 9834244886

    Buku ‘Menangani Sifat Marah’ merupakan panduan untuk mengawal perasaan marah. Buku ini juga banyak memberi pendedahan kepada para pembaca mengenai punca-punca seseorang menjadi marah dan cara berkesan untuk mengawalnya. Menurut pengarang, buku ini mengupas serba sedikit berkaitan sifat marah agar dapat menilai dan mengenali diri kita, sejauh mana sikap dan akhlak yang kita tonjolkan selama ini serta berusaha memperbaiki diri ke arah membentuk jiwa dan peribadi yang unggul. Buku ini mengandungi 10 bab yang menerangkan mengenali perbadi manusia, hakikat marah, tahap-tahap marah, fenomena marah di kalangan masyarakat, punca kita menjadi marah, persekitaran yang merangsang marah, reaksi terhadap marah, kesan marah, petua berkesan menangani marah, dan doa mengawal marah. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.


Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us