Library Operating Hours for Monday, 13 May 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Posted on 04 October 2011 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Authorship Details
Rubiah Omar
Jamilah Hj. Ahmad
Publication Details
Language: 
Malay
Resource Type: 
Article
Publication Date: 
2009
Publication Title: 
Jurnal Pendidikan Malaysia
Volume: 
24
Issue or Number: 
1
Pagination: 
155-172
ISBN / ISSN: 
0126-6020 / 2180-0782
Summary

Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal
pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses pembelajaran dan
pengajaran. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang
diedarkan kepada 119 responden. Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’
dijadikan asas hanya untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran
dalam pengajaran. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap
lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah
tinggi. Ini kerana usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem
e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi
penilaian responden terhadap hubungan antara kefahaman e-pembelajaran
dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula adalah memuaskan.
Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan
e -pembe lajaran adalah t inggi k e rana major i t i r e sponden memahami
keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam
melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima
secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. (Abstract by authors)

Full Text Download Resource Type
Download Full Text Article

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us