Library Operating Hours for Wednesday, 3 July 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Pembelajaran Arahan Kendiri Dan Hubungannya Dengan Kefahaman Terhadap E-Pembelajaran: Satu Kajian Di Kalangan Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Posted on 08 November 2011 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Authorship Details
Abd. Hamid Mohd. Azhar
Mat Junoh Adanan
Md Shah Ishak
Mohd. Balwi Mohd. Koharuddin
Publication Details
Resource Type: 
Article
Summary

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan terhadap staf akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman staf akademik terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di UTM dan persepsi mereka terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Seterusnya, ia bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap
kefahaman terhadap e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri staf akademik tersebut, menentukan perbezaan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
daripada aspek demografi dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi staf akademik dalam melaksanakan e-pembelajaran. Sejumlah 216 orang staf akademik telah dijadikan responden kajian dan data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman responden berkaitan konsep dan tanggungjawab terhadap e-pembelajaran berada pada tahap yang tinggi
manakala tahap kefahaman responden terhadap penggunaan laman web, WebCT secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dari segi kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, sebahagian besar responden menyatakan bahawa
item-item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar tentang diri mereka dan hampir benar tentang diri mereka. Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang siginifikan, tetapi korelasi yang lemah antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri (rs =0.259) pada aras signifikan Alpha = 0.05. Hasil kajian juga menunjukkan hanya tiga aspek demografi responden iaitu taraf pendidikan, taraf jawatan dan tempoh perkhidmatan yang menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan terhadap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Secara keseluruhannya, majoriti responden bersetuju bahawa kesemua faktor yang disenaraikan oleh pengkaji mempengaruhi
perlaksanaan e-pembelajaran kecuali faktor sokongan daripada para pelajar dan sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT. (Authors' abstract)

Full Text Download Resource Type
External Link Article

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us