Faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan MAINS Holding Sdn Bhd - FASS Final Project (Psychology)

Haryati Kamarudin, (2013) Faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan MAINS Holding Sdn Bhd - FASS Final Project (Psychology). Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
library-document-978.pdf

Download (396Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu (jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan) dalam kalangan kakitangan MAINS Holdings Sdn. Bhd. di Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan. Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper, C.L, Sloan, D & William, S.P (1988). Seramai 40 orang kakitangan telah dipilih sebagai responden bagi mewakili populasi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi menggunakan (Ujian-t dan ANOVA sehala). Dapatan kajian menunjukkan min bagi faktor tekanan yang tertinggi ialah faktor struktur dan iklim organisasi. Manakala faktor tekanan yang terendah ialah faktor halangan kerja rumah dan kerja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada faktor tekanan dalam kalangan responden dari aspek umur. Kajian mendapati kakitangan berumur lingkungan 26-35 tahun mengalami tekanan kerja. Manakala faktor tekanan kerja mengikut jantina, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian secara konsisten terutamanya latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja kepada kakitangan bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek Penyelidikan yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi
Uncontrolled Keywords: Project paper, Final project, BPSY
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Cluster of Applied Sciences
Depositing User: Mr. Muhamad Hafiz Morad
Date Deposited: 13 Nov 2014 08:08
Last Modified: 27 May 2021 23:54
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/978

Actions (login required)

View Item View Item