Noor Amalina Suid, (2020) Penerimaan Masyarakat Dusun Mukim Tenghilan Sabah Terhadap Kahwin Campur. Open University Malaysia. (Submitted)
|
Text
library-document-1321.pdf - Submitted Version Download (2488Kb) | Preview |
Abstract
Trend kahwin campur dalam masyarakat Malaysia semakin mendapat tempat dan tahap penerimaannya semakin terbuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan, cabaran dan kesan positif kahwin campur terhadap kaum Dusun Mukim Tenghilan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif terhadap masyarakat Dusun dari 8 buah kampung dalam Mukim Tenghilan, Sabah. Tahap penerimaan, cabaran dan kesan positif kahwin campur diukur menerusi kaedah soal selidik berskala Likert. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Analisis deskriptif dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Skor min purata tahap penerimaan masyarakat Dusun terhadap kahwin campur 3.22 iaitu kurang setuju, tetapi skor min purata persepsi individu dalam kontak diri sendiri, keluarga dan masyarakat Dusun terhadap tahap penerimaan kahwin campur kaum Dusun dengan pasangan berlainan bangsa 3.88 (setuju). Skor min purata cabaran dan kesan positif kahwin campur diinterpretasi setuju dengan 3.66 dan 3.79. Terdapat korelasi positif lemah dan negatif lemah antara item-item tahap penerimaan dengan demografi. Oleh itu, hasil kajian ini menunjukkan masyarakat kaum Dusun Tenghilan menerima, dan bersetuju terdapat pelbagai cabaran dan memperaku bahawa kahwin campur memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Dusun Mukim Tenghilan. Pengkaji mencadangkan agar kajian lebih lanjut dijalankan terutama dalam perihal sumbangan generasi kahwin campur terhadap peningkatan sosioekonomi masyarakat Dusun, generasi kahwin campur „Etnik Sino-Native‟ dan kepelbagaian budaya di negeri Sabah. (Abstract by author)
Item Type: | Other |
---|---|
Additional Information: | Kertas Projek Penyelidikan yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu |
Uncontrolled Keywords: | Project Paper, Mixed marriage, Dusun - tribe or ethnic, Pengajian Melayu |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Cluster of Education and Social Sciences |
Depositing User: | Siti Norfazila Ismail |
Date Deposited: | 24 Apr 2021 02:14 |
Last Modified: | 24 Apr 2021 02:18 |
URI: | http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1321 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |