Library Operating Hours for Sunday, 16 May 2021 : 8.00AM - 5.00PM
Home

Links

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Posted on 18 May 2011 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Authorship Details
Junaidi Juhazren
Jailani Madihah
Publication Details
Resource Type: 
Article
Summary

Perkembangan teknologi yang pesat memberikan impak kepada bidang pendidikan. Bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus perubahan globalisasi. E-learning merupakan satu fenomena yang melanda dunia pendidikan negara. Namun ia telah lama diaplikasi di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor isi kandungan, kaedah komunikasi dan maklumat tambahan mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 102 pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada 120 pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Bilangan sampel adalah berdasarkan kepada jadual Krejcie, R.V dan Morgan, D.W. Nilai alpha bagi soal selidik ialah, ? = 0.966. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan agar dapat meningkatkan lagi tahap penggunaan e-learning serta memaksimumkan penggunaannya. (Abstract by authors)

Full Text Download Resource Type
External Link Article

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us