Library Operating Hours for Monday, 6 July 2020 : 8.00AM - 6.00PM
Home
Klinik Maklumat Perpustakaan
Posted on 07 May 2012 by The Librarian

Klinik Maklumat Perpustakaan (KMP) adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan di Kampus Utama Open University Malaysia, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. KMP dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan OUM. Klinik ini dijalankan dalam kaedah temujanji atau ‘walk in’.

Waktu perkhidmatan KMP adalah mengikut waktu operasi perpustakaan. Setiap sesi adalah selama 30 minit. Anda akan dibantu oleh pustakawan profesional.

Sesi pertama akan bermula pada 8hb Mei 2012.  Sila emailkan temujanji anda kepada mhafiz [at] oum [dot] edu [dot] my atau datang terus ke kaunter perpustakaan untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

There are currently  comments.

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us