Library Operating Hours for Saturday, 4 December 2021 : 8.00AM - 5.00PM
Home
Pemakluman Pemulangan dan Pembaharuan Buku
Posted on 01 November 2021 by The Librarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua staf dan Pelajar OUM, adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi di Menara OUM, Kelana Jaya telah dibuka  secara bersemuka kepada semua pelajar OUM bermula 1 November 2021 melalui sesi temujanji dan syarat masuk yang ditetapkan. 

Sehubungan itu, kepada semua staf dan pelajar yang membuat pinjaman dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Fasa Pemulihan Negara, tuan/puan perlu membuat pemulangan buku atau pembaharuan buku sebelum 7 November 2021. Sekiranya pemulangan selepas tarikh ini atau tempoh pinjaman tuan/puan telah tamat tuan/puan akan dikenakan denda lewat pulang buku.

Untuk pemulangan buku di Perpustakaan Digital di Kampus Utama di Kelana Jaya, tuan/puan boleh hadir ke perpustakaan kami melalui sesi temujanji dengan mengisi eform melalui link seperti berikut:

https://forms.gle/Fz6Q1k6RndgxCcUq7

Namun, sekiranya pemulangan buku di Pusat Pembelajaran, tuan/puan perlu menghubungi pihak Pusat Pembelajaran masing-masing.

Bagi pembaharuan buku pula tuan/puan boleh hubungi kami melalui emel library [at] oum [dot] edu [dot] my (library [at] oum [dot] edu [dot] my), whatsapp : 019-2600146 dan di talian telefon 03-7801 1925.

 

Kerjasama tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

There are currently  comments.

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us