Kefahaman tentang zakat tanaman dan pengeluarannya: satu tinjauan terhadap pekebun-pekebun kelapa sawit di Simpang Renggam - FASS Final Project (BIS)

Rosnah Tukimin, (2013) Kefahaman tentang zakat tanaman dan pengeluarannya: satu tinjauan terhadap pekebun-pekebun kelapa sawit di Simpang Renggam - FASS Final Project (BIS). Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
library-document-990.pdf

Download (357Kb) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini cuba mengemukakan satu iniasitif kepada pihak pekebun kelapa sawit yang selama ini tidak mendapat pendedahan dan kurang memahami bahawa mereka mungkin boleh mengeluarkan zakat tanaman bagi hasil tuaian kelapa sawit yang menjadi tanaman komoditi negara Malaysia. Hasil yang diraih oleh pekebun dan peladang sama ada dalam jumlah yang banyak dinafikan hak pengeluaran zakatnya kerana kurang pendedahan pemahaman untuk tanaman ini dikeluarkan zakat, cadangan ini hanya berbentuk percubaan berdasarkan ilah kekayaan dan kepada zakat pendapatan yang kini diwajibkan kepada pekerjapekerja yang makan gaji pada tiap-tiap bulan. Tujuan kajian ini dijalankan mengkaji kefahaman pekebun-pekebun tentang zakat tanaman dan kesediaan mereka untuk menjadi pengeluar zakat tanaman sawit dan mengenal pasti sumber baru zakat sebagai tambahan sumber zakat sedia ada selaras dengan perluasan pengagihan zakat kepada beberapa bidang baru untuk kepentingan umat Islam. Kajian ini merupakan kajian bentuk lapangan bagi mengumpul data-data seterusnya memnganalisis keputusan kajian yang diperoleh serta membuat rumusan daripadanya. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dengan menyediakan soalan-soalan yang perlu dijawab dengan menanda ruang pilihan berdasarkan pemahaman mereka terhadap soalan yang diutarakan. Kaji selidik ini disasarkan kepada pekebun-pekebun kelapa sawit sekitar Simpang Renggam. Hasil kajian dari analisis yang dilakukan ke atas data terkumpul mendapati masyarakat telah memahami kewajiban mereka sebagai pengeluar zakat terutama zakat fitrah, mereka juga mempunyai pengetahuan tentang zakat walaupun tidak secara terperinci terutama tentang zakat tanaman, namun kebanyakan mereka secara tidak langsung sebenarnya bersetuju menjadi pengeluar zakat jika satu masa nanti zakat tanaman sawit diwajibkan zakat oleh pihak berkuasa sebagai memenuhi tuntutan agama. Kesedaran dan kepatuhan masyarakat ini perlu dijadikan sandaran dengan mengambil inisiatif dan kajian serta muzakarah oleh para bijak pandai terutama para ulama dunia Islam untuk memikirkan kesesuaian tanaman sawit menjadi salah satu sumber baru untuk kutipan zakat agar kutipan dapat dikumpulkan serta diagihkan kepada yang berhak selaras dengan perkembangan ekonomi, keperluan dan kepentingan umat Islam agar menjadi umat yang dicontohi dan disegani terutama dari segi kepatuhan dan kekuatan ekonominya. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
Uncontrolled Keywords: Project paper, Final project, BIS
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Cluster of Applied Sciences
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 19 Dec 2014 09:25
Last Modified: 29 May 2021 08:47
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/990

Actions (login required)

View Item View Item