Kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja dikalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA - FASS Final Project (Psychology)

Mashithoh Ismail, (2013) Kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja dikalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA - FASS Final Project (Psychology). Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
library-document-977.pdf

Download (443Kb) | Preview
[img]
Preview
Text
library-document-977.pdf

Download (256Kb) | Preview
[img]
Preview
Text
library-document-977.pdf

Download (459Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja di kalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Seramai 100 orang warga KeTTHA dalam Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan & Profesional (n=43) dan Pelaksana (n=57) terlibat dalam kajian ini dengan kaedah persampelan secara rawak. Bagi tujuan pengumpulan data, soal selidik Model Lima Faktor dan Prestasi Kerja menggunakan Skala Likert ditadbirkan kepada responden kajian. Bagi menganalisa data yang diperolehi, penyelidik menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 22. Hasil kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratusan bagi maklumat demografi responden manakala bagi tret personaliti dan prestasi kerja responden dianalisis melalui nilai skor min dalam menentukan tahap tinggi, sederhana dan rendah. Analisis korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji perkaitan antara setiap pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan tahap personaliti (min=3.16) dan tahap prestasi kerja (min=5.27) responden berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan pada tret penyesuaian dengan prestasi kerja pada aras p<0.5. Dimensi tret personaliti pergaulan, persetujuan, keterbukaan minda dan kesungguhan tidak mempunyai hubungan signifikan dengan prestasi kerja. Dapatan ini membantu pihak organisasi mengetahui tahap personaliti dan prestasi kerja pegawai-pegawainya di tahap rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, dapatan ini boleh dijadikan rujukan dalam perancangan dan perlaksanaan program-program pembangunan di KeTTHA. Kajian seperti ini juga boleh diperluaskan ke semua kementerian bagi mendapatkan data tahap personaliti dan prestasi pekerja perkhidmatan awam sama ada berada pada suatu tahap kecekapan dan prestasi kerja tertentu. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian.
Uncontrolled Keywords: Project paper, Final project, BPSY
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Cluster of Applied Sciences
Depositing User: Mr. Muhamad Hafiz Morad
Date Deposited: 13 Nov 2014 00:36
Last Modified: 08 Jul 2021 10:36
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/977

Actions (login required)

View Item View Item