Tahap pengetahuan di kalangan ibu antenatal mengenai penjagaan luka episiotomi di salah satu klinik kerajaan di daerah Tangkak

Ros Aniza Abu Bakar, (2019) Tahap pengetahuan di kalangan ibu antenatal mengenai penjagaan luka episiotomi di salah satu klinik kerajaan di daerah Tangkak. -. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1335.pdf - Submitted Version

Download (4090Kb) | Preview

Abstract

Latar Belakang: Episiotomi adalah prosedur pembedahan yang biasa dialami oleh wanita di seluruh dunia bagi memudahkan proses kelahiran bayi dan mempercepatkan penyembuhan luka. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa komplikasi yang merangkumi kesakitan perineal, jangkitan asimetri, pendarahan, tempoh masa penyembuhan yang panjang dan lanjutan hirisan (Higuera, 2016). Oleh itu, adalah penting untuk ibu antenatal mempunyai pengetahuan dan pemahaman mengenai penjagaan luka episiotomi dan mencegah komplikasi selepas bersalin. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan mengenai penjagaan luka episiotomi di kalangan ibu antenatal di salah satu klinik kerajaan di daerah Tangkak. Kaedah: Kajian kuantitatif dijalankan ke atas tiga puluh orang responden yang telah di pilih melalui kaedah “purposive sampling” terdiri daripada ibu antenatal terutama primigravida, gravida dua dan tiga serta ibu yang mempunyai sejarah kelahiran menggunakan vacuum atau forceps. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan diskriptif dan inferensial melalui Statistical Package Social Science (SPSS) versi 22.0. Keputusan: Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (96.6%) mempunyai pengetahuan yang sangat baik mengenai penjagaan luka episiotomi. Di samping itu, mereka juga sangat bersetuju bahawa pentingnya untuk melakukan penjagaan perineum (96.1%), melakukan senaman (84.54%) dan amalan pemakanan seimbang (70.6%) semasa postnatal sebagai faktor yang akan mempengaruhi penyembuhan luka episiotomi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan (uji korelasi Spearman Rho; p-value .029) dalam memberi kesan pada penyembuhan luka episiotomi semasa tempoh posnatal antara bilangan pariti dan amalan pemakanan. Oleh itu, hipotesis diterima. Kesimpulan: Semua ibu antenatal mempunyai pengetahuan yang sangat baik (96.6%) tentang kepentingan penjagaan luka episiotomi dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyembuhan luka semasa tempoh posnatal. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Projek Kajian yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian (BNS).
Uncontrolled Keywords: Pengetahuan, Ibu Antenatal, Luka Episiotomi, Posnatal, Project paper, Research project, BNS
Subjects: R Medicine > RT Nursing
Divisions: Cluster of Applied Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 10 May 2021 07:48
Last Modified: 27 May 2021 23:47
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1335

Actions (login required)

View Item View Item