Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Jurulatih Undang-undang Kepolisian di Pusat Latihan Polis Segamat

Mohd Azmi Omar, (2020) Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Jurulatih Undang-undang Kepolisian di Pusat Latihan Polis Segamat. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1320.pdf - Submitted Version

Download (1028Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dalam kaedah proses pembelajaran asas undang- undang kepolisian dalam kalangan peserta kursus Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) PULAPOL Segamat. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti segala kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang proses pembelajaran serta mempertingkatkan kualiti kursus dalam bidang undang-undang. Berdasarkan keputusan ujian penilaian asas undang-undang yang di jalankan terhadap pelatih-pelatih kursus asas konstabel pada Jan 2020, saya dapati keputusan tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Melalui kajian ini saya dapat merumuskan, terdapat beberapa kelemahan yang diperolehi sepanjang proses pembelajaran. PDRM perlu merangka beberapa kaedah yang boleh memperbaiki segala kelemahan yang terdapat semasa proses pembelajaran tersebut. Proses pembelajaran asas undang-undang ini disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu kepada pelatih-pelatih konstabel yang berlatar belakangkan pelbagai kaum. Yang pastinya, pengguanan bahasa Melayu bukan menjadi satu punca kepada kelemahan dalam proses pembelajaran undang-undang tersebut. Pelatih-pelatih yang berlatar belakangkan bukan Melayu seperti pelatih berbangsa India, Iban, Cina, dan Bajau tidak menjadi halangan atau masalah semasa proses pembelajaran tersebut dari segi penggunaan bahasa Melayu. Pelatih-pelatih bukan Melayu kebanyakkannya dapat berkomunikasi yang baik dalam bahasa Melayu. Kaji selidik telah dilakukan terhadap pelatih-pelatih serta jurulatih-jurulatih yang mengajar dan segala data-data telah dikumpul untuk menjadi rujukan dalam proses penambahbaikan. Semoga kajian ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bahawa proses pembelajaran asas undang-undang kepolisian di PULAPOL Segamat perlu ditambah baik bagi mempertingkatkan kualiti latihan PDRM. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pengajian Melayu
Uncontrolled Keywords: Project Paper, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Malay language, Sarjana Muda Dalam Bidang Pengajian Melayu
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 24 Apr 2021 02:09
Last Modified: 27 May 2021 23:20
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1320

Actions (login required)

View Item View Item