creators_name: Norhayati Ya'acob, type: other datestamp: 2014-12-22 03:40:30 lastmod: 2021-05-27 23:50:15 metadata_visibility: show corp_creators: Open University Malaysia (OUM) title: Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama di daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia - FASS Final Project (BIS) ispublished: unpub full_text_status: public keywords: Project paper, Final project, BIS abstract: Kemurungan merupakan salah satu gangguan mental atau yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia, latar belakang hidup , status ekonomi , ras dan taraf pendidikan. Kemurungan juga kerap terjadi dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku pelajar seperti keresahan, tekanan dan stress. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah agama kerajaan Johor ialah masalah halangan komunikasi, masalah interaksi sosial yang berkaitan dengan pergaulan rakan sebaya, masalah pencapaian prestasi akademik, kejutan budaya persekitaran, , masalah keluarga dan peribadi. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar di tiga sekolah agama Kerajaan Johor Darul Ta’zim Malaysia di Johor Bahru iaitu Sekolah Agama Dato’ Onn Jaafar, Sekolah Agama Bandar Baru Uda dan Sekolah Agama FRU 2 (Federal Reserve Unit 2). Kajian ini akan menggunakan persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan yang mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Seramai 254 pelajar digunakan sebagai sampel kajian. Penyelidik juga akan menggunakan Inventori Kemurungan Beck dan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang pelajar kemurungan. Bahagian B: Faktor-faktor dan jenis salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan dan Bahagian C: Persepsi pelajar terhadap pendekatan kaunseling bagi menangani masalah kemurungan. Data akan dianalisis menggunakan Perisian SPSS versi 16.0. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan jalan penyelesaian bagaimana masalah kemurungan dapat di atasi melalui kearah mendekatkan diri dengan agama dan keimanan. (Abstract by author) date: 2013-01 publisher: Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia citation: Norhayati Ya'acob, (2013) Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama di daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia - FASS Final Project (BIS). Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. (Unpublished) document_url: https://library.oum.edu.my/repository/989/1/library-document-989.pdf