@unpublished{library_repository677, title = {Faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guru-guru : kajian di sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur}, school = {Open University Malaysia}, author = { Fazura Mohd Noor}, year = {2011}, note = {Laporan Akhir Projek ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat bagi memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan. Please refer to Centre for Graduate Studies (CGS) for latest format of OUM thesis/dissertation.}, keywords = {Stress, Stress factors, Stress level, Teacher stress}, url = {https://library.oum.edu.my/repository/677/}, abstract = {Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor demografi (jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, status perkahwinan dan pengalaman mengajar) serta menentukan faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru di sekolah sekolah mubaligh di Kuala Lumpur. Terdapat tujuh faktorfaktor penentu stres yang dikaji termasuklah bebanan tugas, karenah pelajar, kekangan masa, hubungan dengan ibu bapa pelajar, hubungan sesama rakan sekerja, penghargaan dan sokongan, dan kekurangan sumber. Seramai 186 orang guru dari 14 buah sekolah telah dipilih secara rawak (multistage cluster) bagi mewakili populasi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t, Ujian ANOVA dan Regresi Berganda). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres dalam kalangan responden dari aspek bangsa. Faktor hubungan dengan ibu bapa pelajar, dan penghargaan dan sokongan didapati mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap stres guru-guru. (Abstract by author)} }