TY - CONF ID - library_repository388 UR - https://library.oum.edu.my/repository/388/ A1 - Rozeman Abu Hassan, Y1 - 2009/10/06/ N2 - British berusaha mengekalkan penguasaannya ke atas Singapura berasaskan kepentingan ekonomi, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara. Isu keselamatan merupakan perkara utama dasar British dalam memastikan kepentingan di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu terjamin. Perkembangan pengaruh Parti Komunis Malaya di Singapura membimbangkan British terutama menerusi gerakan Barisan Bersatu Komunis (Communist United Front). Pengaruh komunis di Singapura telah menular dalam kesatuan sekerja, persatuan pelajar, pertubuhan wanita, pertubuhan budaya dan parti-parti politik. Bagi menjamin keselamatan Singapura, British bertindak menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai `buffer state? yang akan bertanggungjawab ke atas faktor keselamatan Singapura. Pada tahun 1959 apabila Singapura diberikan status berkerajaan sendiri oleh British, satu badan keselamatan dibentuk iaitu Majlis Keselamatan Dalam Negeri (ISC) yang terdiri daripada wakil-wakil British, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. British tidak mahu Singapura dibiarkan diperintah secara bersendirian pada ketika pengaruh komunis begitu kuat berkembang di Singapura. British menekankan faktor keselamatan Singapura adalah tanggungjawab bersama antara Persekutuan Tanah Melayu, British dan Singapura. Pada masa yang sama British mempunyai kepentingan yang begitu tinggi ke atas pangkalan-pangkalan tentera mereka di Singapura dalam usaha menyekat pengaruh komunis di Asia Tenggara. (Author's abstract) KW - Hubungan Singapura-Malaysia ; Dasar British ; TI - Dasar British terhadap isu keselamatan Singapura-Malaysia pada tahun 1955-1959 SP - 1 M2 - Kota Kinabalu, Sabah AV - public EP - 31 T2 - Seminar Dasar Malaysia ER -