%0 Thesis %9 Masters %A Ahmad Adnan Fadzil, %B Sarjana Pengajian Islam %D 2020 %F library_repository:1540 %I Open University Malaysia %K akad, pemikiran Hamka, tafsir al-Azhar %T Konsep kesyumulan akad dalam Al-Quran: Analisa dari pemikiran Hamka tentang akad dalam tafsir Al-Azhar %U https://library.oum.edu.my/repository/1540/ %X Terdapat banyak ayat tentang akad di dalam al-Quran, salah satu darinya berupa perintah dari Allah kepada orang-orang beriman agar sentiasa memenuhi akad yang dibuat, iaitu dalam surah al-Maidah ayat yang pertama. Kebanyakan orang Islam hari ini memahami akad berupa ikatan ijab dan qabul dan dalam ruang-lingkup kekeluargaan dan muamalat harta sahaja. Namun para mufassirin memahami akad dengan merangkumi ikatan dengan Allah dan ikatan sesama manusia, tidak tertakluk dengan ikatan dua pihak sahaja iaitu ijab dan qabul, sebaliknya merangkumi juga ikatan atau komitmen sepihak. Maka kajian ini menganalisa akad menurut al-Quran berdasarkan kefahaman ahli-ahli tafsir, bertujuan mendapat kepastian tentang konsep kesyumulan akad dalam Islam dari sudut pandangan al-Quranul Karim. Bahan analisa ialah pemikiran Hamka tentang akad di dalam tafsirnya al-Azhar sebagai bahan utama, di samping pandangan-pandangan mufassir yang lain sebagai sokongan dan perbandingan. Metode kajian ialah kualitatif, dengan rekabentuk analisis konten (kandungan). Pengumpulan data membabitkan dua elemen iaitu kajian perpustakaan dan temubual. Penganalisaan data pula menggunakan kaedah analisis deskripsi dan kesimpulan dibuat mengggunakan kaedah induktif. Hasil kajian mendapati ciri-ciri kesyumulan akad benar-benar terserlah dalam pemikiran Hamka ketika beliau mentafsirkan beberapa ayat berkaitan akad di dalam al-Quran. Teori-teori tentang akad yang dianalisa dari pemikiran Hamka merangkumi maksud akad, ruang-lingkup akad, kategori-kategori akad dan prinsip-prinsip yang mendasari akad. Semuanya menzahirkan natijah menyokong konsep kesyumulan akad di dalam Islam dilihat dari perpektif al-Quranul Karim. %Z Kertas Projek ini di kemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Pengajian Islam.