<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak"^^ . "Setiap pemimpin yang menduduki kerusi nombor satu negara pasti berazam melakukan\r\nperubahan yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya. Perubahan yang\r\ndimaksudkan ini tertumpu kepada perubahan polisi atau dasar penting yang akhirnya\r\nmembawa kesejahteraan kepada rakyat secara umumnya. Apabila Najib Razak mengambil\r\nalih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, visi utama\r\nbeliau di dalam pentadbiran beliau ialah untuk melakukan perubahan yang positif dalam\r\naspek ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik terutamanya susulan\r\nkemerosotan prestasi BN dalam PRU-12. Kajian ini menyelidik pembangunan politik ketika\r\nera pemerintahan Najib Razak memimpin Malaysia. Skop temporal kajian ini adalah bermula\r\npada April 2009 sehingga 2018. Konsep utama yang digunakan dalam kajian ini adalah\r\nkonsep pembangunan politik Francis Fukuyama dan konsep modenisasi politik. Kajian ini\r\nmenggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan datanya diperoleh dari sumber\r\nprimer dan sekunder. Sumber primer diperoleh menggunakan kaedah temu bual secara semi\r\nstruktural yang dijalankan dengan sembilan orang informan autoritatif. Sumber sekunder pula\r\ndiperoleh dari bahan-bahan seperti buku, jurnal, majalah, dan lain-lain lagi di beberapa\r\nperpusatakaan terkemuka seperti Perpustakaan Negara, Perpustakaan Za’ba, Perpustakaan\r\nParlimen dan Perpustakaan Tun Sri Lanang. Hasil kajian ini mendapati berlakunya\r\npembangunan politik ketika era pemerintahan Najib Razak dalam aspek pertumbuhan\r\nekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik. Dalam aspek pertumbuhan ekonomi,\r\nera pemerintahan Najib Razak menyaksikan dasar ekonomi yang dipanggil sebagai\r\nNajibnomics telah dilaksanakan seperti MEB, Program Transformasi Ekonomi, dan beberapa\r\ndasar ekonomi yang seperti liberalisasi ekonomi, memperkenalkan BR1M, BB1M dan\r\npengenalan cukai GST yang lebih efisyen dan telus, berbanding SST. Hasil daripada dasardasar\r\ntersebut, pertubuhan KDNK negara semakin positif selain kadar kemiskinan dan\r\npengangguran dapat dikurangkan dan pendapatan perkapita rakyat meningkat. Selain itu,\r\nhasil kajian juga menunjukkan bahawa mobilisasi sosial ketika era pemerintahan Najib Razak\r\njuga menunjukkan perubahan yang lebih baik. Hasil daripada pelaksanaan PTP menyaksikan\r\nbeberapa akta kontroversi dipinda dan dimansuhkan, partisipasi politik yang lebih aktif dapat\r\ndilihat dan kebebasan media juga semakin terbuka. Di samping itu, dalam aspek\r\ninstitusionalisasi politik hasil kajian mendapati keempat-empat institusi politik iaitu institusi\r\neksekutif, legislatif, kehakiman, dan birokrasi telah mengalami perubahan ketika era\r\npemerintahan Najib Razak iaitu dari 2009 hingga 2018. Perubahan positif yang wujud dalam\r\naspek pertumbuhan ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik ketika era\r\npemerintahan Najib Razak. (Abstract by author)"^^ . "2021" . . . . "Open University Malaysia (OUM)"^^ . . . "OUM Graduate Centre, Open University Malaysia (OUM)"^^ . . . . . . . . . ""^^ . "Budiman Mohd Zohdi"^^ . " Budiman Mohd Zohdi"^^ . . . . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Text)"^^ . . . . . "library-document-1461.pdf"^^ . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Other)"^^ . . . . . . "lightbox.jpg"^^ . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Other)"^^ . . . . . . "preview.jpg"^^ . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Other)"^^ . . . . . . "medium.jpg"^^ . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Other)"^^ . . . . . . "small.jpg"^^ . . . "Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak (Other)"^^ . . . . . . "indexcodes.txt"^^ . . "HTML Summary of #1461 \n\nPembangunan politik era pemerintahan Najib Razak\n\n" . "text/html" . . . "JQ Political institutions Asia"@en . .