title: Tahap Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah Di Pulau Pinang creator: Mohd Hafife Abdul Halim, subject: LB1028 Research - Education description: Kajian ini dijalankan untuk bagi mengkaji tahap peranan Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam negeri Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan Model Proses Pengurusan Stoner, Freeman dan Gilbert (1995) yang mengandungi empat proses yang saling berkaitan iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal untuk melihat pengurusan kokurikulum secara keseluruhan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap peranan GPK Kokurikulum dalam keempat-empat proses ini serta mengenalpasti adakah terdapat perbezaan antara tahap peranan pengurusan kokurikulum mengikut jantina, kategori sekolah, lokasi sekolah, daerah bertugas, umur serta pengalaman berkhidmat. Responden kajian ini terdiri daripada 304 orang GPK Kokurikulum yang berkhidmat di sekolah-sekolah dalam Pulau Pinang. Kajian ini bersifat deskriptif dan menggunakan soal selidik yang dibina berpandukan Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, KPM. Soal selidik telah disemak dan diuji bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan melalui satu kajian rintis yang telah dijalankan terhadap 52 orang GPK Kokurikulum dalam daerah Barat Daya. Hasil analisis Cronbach alfa mendapati nilai alfa adalah 0.96 bagi 36 item dalam soal selidik tersebut. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) v22 bagi mendapatkan skor min. Ujian T dan ANOVA digunakan bagi mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min bagi dimensi yang dikaji. Dapatan menunjukkan tahap peranan GPK Kokurikulum dalam keempat-empat proses dan secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, dapatan ini telah menyelesaikan permasalahan kajian iaitu tahap peranan GPK Kokurikulum di Pulau Pinang dalam pengurusan kokurikulum sekolah yang sederhana berkemungkinan menjadi penyumbang kepada permasalahan yang dikemukan dalam kajian ini. publisher: Open University Malaysia date: 2021 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: text identifier: https://library.oum.edu.my/repository/1449/1/library-document-1449.pdf identifier: Mohd Hafife Abdul Halim, (2021) Tahap Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah Di Pulau Pinang. Masters thesis, Open University Malaysia (OUM). relation: https://library.oum.edu.my/repository/1449/