title: Perkhidmatan profiling pintar ISP (intelligent service profiling) pembangunan sistem berdasarkan web bagi menjana konfigurasi rangkaian creator: Mohd Onn Fikrie Mohd Razali, subject: QA75 Electronic computers. Computer science subject: QA76 Computer software description: Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini adalah merupakan satu sistem yang mana dapat membantu pengguna-pengguna dalam pemudah cara sebelum membuat sesuatu konfigurasi bagi elemen rangkaian yang terdapat di Syarikat Telekomunikasi. Ia digunakan bagi jabatan yang mengendalikan OSI 7 layer pada peringkat Jalur ke-3 iaitu Network Layer bagi memenuhi permintaan baru dari pelanggan. Ia bertujuan bagi memudahkan kerja dalam mengendalikan router di peringkat CE (Customer Edge) & PE (Provider Edge). Sistem ini dapat mengenalpasti maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum konfigurasi dilakukan. Hal ini boleh mengelakkan pengguna dari melakukan kesilapan dalam melakukan konfigurasi berbanding dengan konfigurasi secara manual yang di gunakan sebelum ini dengan menggunakan aplikasi Notepad. Sebelum ini, pengguna akan mendapatkan maklumat dari sistem inventori dan meletakkan di dalam aplikasi Notepad. Kemudian maklumat tersebut akan digunakan untuk di konfigurasi ke dalam elemen rangkaian menggunakan aplikasi seperti ‘Putty’ atau ‘SecureCRT’. Sistem ini dibangunkan melalui HTML, CSS3, JavaScript, jQuery, PHP dan MySQL. Objektif utama sistem ini bagi mengatasi kesilapan konfigurasi secara khusus terhadap perkhidmatan servis baru, atau pengubahan kelajuan jalurlebar. Ia juga dapat membuat pengesahan konfigurasi melalui elemen rangkaian seperti periksa antaramuka, pengalamatan IP dan QoS (Quality Of Service). Kesimpulannya, Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini adalah merupakan satu sistem yang mana dapat membantu pengguna dalam pemudah cara sebelum membuat sesuatu konfigurasi bagi elemen rangkaian. (Abstract by author) publisher: Open University Malaysia date: 2021 type: Other type: NonPeerReviewed format: text identifier: https://library.oum.edu.my/repository/1446/1/library-document-1446.pdf identifier: Mohd Onn Fikrie Mohd Razali, (2021) Perkhidmatan profiling pintar ISP (intelligent service profiling) pembangunan sistem berdasarkan web bagi menjana konfigurasi rangkaian. Open University Malaysia. (Submitted) relation: https://library.oum.edu.my/repository/1446/