@misc{library_repository1445, title = {\#normabaharu@2021}, author = { Ezreen Dayana Zainuddin}, publisher = {OUM}, year = {2021}, note = {Projek Tahun Akhir diserahkan bagi memenuhi syarat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Digital dengan Kepujian}, keywords = {Norma baharu, Prosedur Pengendalian Standard, COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan, penjarakkan sosial, tidak bersentuhan, pelitup muka, ?sanitiser? , MySejahtera , Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Digital , BDMD }, url = {https://library.oum.edu.my/repository/1445/}, abstract = {Projek memfokuskan penyaluran maklumat mengenai amalan norma baharu dan pengamalan Prosedur Pengendalian Standard kepada seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik Corona Virus Disease 2019 menerusi penghasilan Pengumuman Khidmat Masyarakat berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020, hinggalah ke peringkat Perintah Kawalan Pergerakan ke-2 yang masih berlarutan hingga ke hari ini. Pendekatan PSA dipilih memandangkan ianya merupakan kaedah yang paling mudah dan berkesan dalam penyampaian mesej secara meluas. Melihat pada angka-angka jangkitan COVID-19 yang masih berada pada tahap empat digit, masyarakat seakan-akan masih alpa dengan realiti hidup di era pandemik ini. Justeru, PSA dihasilkan bertujuan untuk berkongsi cara-cara mudah agar masyarakat lebih peka, senang mengingati dan mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan bagi mencegah penularan COVID-19, seterusnya menyesuaikan diri dengan norma baharu. Dalam menyampaikan mesej secara menarik dan berkesan, kaedah animasi yang dipilih melibatkan penggunaan perisian komputer 2-Dimensi, suara latar dan juga bunyi latar kreatif yang pelbagai. Penghasilan projek turut melibatkan tinjauan literatur yang relevan dan juga penyelidikan terhadap berita perkembangan pandemik COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia. Pada akhirnya, hasil utama projek adalah untuk memberi maklumat yang secukupnya kepada masyarakat mengenai norma baharu yang perlu diamalkan bagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakkan sosial, tidak bersentuhan, memakai pelitup muka, menggunakan pembersih tangan atau ?sanitiser? dan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar diri dan tanggungan sebelum melaksanakan urusan harian.} }