%A Amir Hamzah Abdull Majid %O Kertas Projek Penyelidikan yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian %T Tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di balai bomba dan penyelamat KLIA, Selangor %X Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dengan mengkhususkan kepada tiga objektif, iaitu (i) untuk mengenalpasti faktor tekanan kerja dominan, (ii) tahap tekanan kerja, dan (iii) hubungan antara tekanan kerja dengan demografi (umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang kaji selidik dengan melibatkan seramai 75 anggota bomba sebagai responden. Analisis dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa faktor tekanan kerja dominan dalam kalangan responden adalah faktor struktur dan iklim. Manakala tahap tekanan kerja berada pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua faktor tekanan kerja. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan umur dan status perkahwinan responden, namun taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan menunjukkan sebaliknya. Kajian ini dirujuk penting agar pihak berkepentingan, terutama pihak pengurusan bomba untuk melaksanakan strategi yang agresif bagi mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan anggotanya demi kesejahteraan hidup mereka. (Abstract by author) %D 2021 %K tekanan kerja, bomba, demografi, faktor, tahap , Work stress , Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , BOSHM %I Open University Malaysia %L library_repository1439