@inproceedings{library_repository1314, booktitle = {Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014}, title = {Tahap pengekalan, enrolmen dan proses pembelajaran dalam kursus MOOC : satu tinjauan awal}, author = { Zahari Hamidon}, year = {2014}, keywords = {?Massive Open Online Courses? (MOOCs), Lifelong learning, Retention rate, Enrollment}, url = {https://library.oum.edu.my/repository/1314/}, abstract = {?Massive Open Online Courses? (MOOCs) yang merujuk kepada program atau kursus-kursus terbuka yang dilaksanakan secara dalam talian secara besar-besaran dari konteks penglibatan peserta dan bilangan enrolmennya. Kebanyakan dari pesertanya terdiri dari ?pelajar dewasa? yang bekerja. Dalam pendidikan sepanjang hayat (PSH) pelajar datang dari pelbagai latarbelakang, umur dan profesion. PSH mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia bagi memperolehi pengetahuan, nilai, kemahiran dan kefahaman sepanjang hayat mereka. Semenjak MOOCs di perkenalkan oleh Dave Cormier dan Stephan Downes pada tahun 2008, serba sedikit telah mengubah corak penyampaian kursus di kebnayakan institusi pengajian tinggi. MOOC di laksanakan di ruang dalam talian agar peserta boleh berinteraksi dan meneroka dalam pembelajaran bagi topik berkaitan. MOOC amat sesuai dengan PSH kerana melaluinya peserta boleh memenuhi kehendak karier dan peningkatan pengetahuan melalui teknologi internet. Peserta mempunyai pilihan, sama ada untuk memilih MOOC percuma atau MOOC yang berbayar. Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat awal tentang profail peserta melalui salah satu kursus MOOC di openlearning.com. Maklumat berkaitan bilangan enrolmen, bilangan penglibatan peserta dalam menjalani setiap tugasan dalam kursus dan bilangan kursus lain yang dipilih oleh peserta juga dikumpulkan untuk membantu penyelidik dalam menghasilkan petunjuk-petunjuk awal sebelum mengembangkan kursus ini ketahap yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak peserta. Kajian ini melaporkan tentang tahap perhatian peserta, bilangan kursus yang diambil bersama kursus ini, dan kadar enrolmen dalam seminggu sehingga tamat tarikh kursus. Kajian ini juga memastikan fungsi MOOC dalam menyampaikan pengetahuan kepada individu yang memerlukan dan ganjaran yang bakal diterima oleh pihak pembangun, jurulatih, pensyarah dan guru. (Abstract by author)} }