%0 Thesis %9 Other %A Tai, Lay Keng, %A Open University Malaysia, %B Centre for Graduate Studies %D 2019 %F library_repository:1226 %I Open University Malaysia %K Amalan kepemimpinan instruksional, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), cabaran, EdD %T Amalan Kepemimpinan Instruksional Guru Besar Untuk Meningkatkan Pencapaian UPSR: Kajian Kes Di Kedah %U https://library.oum.edu.my/repository/1226/ %X Guru besar (GB) bertanggungjawab mengaplikasikan amalan terbaik dalam kepemimpinan instruksional selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) untuk memastikan setiap sekolah mempunyai GB yang berkualiti melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional untuk memacu prestasi sekolah secara keseluruhan (KPM, 2013). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kepemimpinan instruksional GB bagi meningkatkan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kajian ini turut mengkaji cabaran yang dihadapi oleh GB sebagai ketua pemimpin instruksional untuk meningkatkan pencapaian UPSR. Peserta kajian terdiri daripada GB, penolong kanan dan ketua panitia dari dua buah SJKC di daerah Kuala Muda Yan (KMY), Kedah yang terdapat peningkatan pencapaian UPSR. Kajian pelbagai kes ini mengumpul data melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen sekolah. Hasil kajian menunjukkan GB telah melaksanakan kepemimpinan instruksional secara meluas yang menyokong kelima-lima dimensi Model Kepemimpinan Instruksional Weber (1996) iaitu: menetap misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, menggalakkan iklim pembelajaran yang positif, menyelia dan meningkatkan kualiti pengajaran guru, dan menilai program pengajaran dari segi kemajuan pembelajaran murid. Hasil kajian ini telah mengenal pasti dua dimensi amalan kepemimpinan instruksional yang baharu, iaitu merancang dan menguruskan pelan peningkatan akademik dan mendapat sokongan dan sumber dari luar. GB menghadapi lima cabaran utama yang berkaitan dengan aspek murid, guru, waris, kewangan, dan kekangan masa sebagai ketua pemimpin instruksional untuk meningkatkan pencapaian UPSR. Kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan instruksional perlu diamalkan dengan berkesan oleh GB untuk meningkatkan pencapaian akademik. Hasil kajian ini mencadangkan kajian lanjutan untuk membentuk model kepemimpinan instruksional dalam konteks pendidikan di Malaysia. (Abstract by Author) %Z Disertasi yang dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Doktor Pendidikan.