%0 Thesis %9 Other %A Che Kamaruddin Bin Che Mamat, %A Open University Malaysia (OUM), %B OUM Graduate Centre %D 2018 %F library_repository:1206 %I Open University Malaysia (OUM) %K Pendidikan Jasmani di Malaysia, Social Construktivisme, School Based Assessment, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), educational assessment, EdD %T Pengetahuan, kesediaan dan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah rendah %U https://library.oum.edu.my/repository/1206/ %X Transformasi dalam pentaksiran yang berlaku membuka ruang perbincangan yang luas dari segi pengetahuan, kesediaan dan amalan guru sebagai pelaksana. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perubahan dalam penilaian pendidikan. Oleh itu, kajian ini menyumbang dapatan hubungan antara tahap pengetahuan, kesediaan dan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan demografi terpilih dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi daripada instrumen asal iaitu aspek pengetahuan, kesediaan dan amalan guru sebagai pemboleh ubah bersandar. Responden kajian dipilih secara persampelan kluster daripada senarai nama sekolah rendah. Soal selidik yang diserahkan mendapati kadar pulangan sebanyak 81.3% iaitu seramai 358 orang guru Pendidikan Jasmani daripada 77 buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu. Pengetahuan, kesediaan dan amalan menunjukkan min yang tinggi dalam melaksanakan PBS di sekolah. Hubungan pengetahuan dengan opsyen, pengalaman mengajar adalah tidak signifikan, begitu juga kesediaan dan amalan dengan jantina, taraf akademik, kursus dan lokasi sekolah. Hubungan yang kuat antara pengetahuan, kesediaan dengan amalan menjelaskan bahawa kesan kursus yang dihadiri dan taraf akademik juga memberi sumbangan kepada amalan PBS di sekolah-sekolah. Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara pengetahuan, kesediaan dan amalan dengan jantina dan yang mengikuti kursus. Hasil ujian ANOVA sehala mendapati tiada perbezaan signifikan antara pengetahuan dan amalan dengan taraf akademik, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah tetapi kesediaan guru menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dengan taraf akademik dan yang mengikuti kursus. Oleh itu, keseluruhan dapatan kajian menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan, kesediaan dan amalan dalam meningkatkan pengoperasian guru melaksanakan PBS masa kini. [Abstract by author] %Z Tesis yang dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk ijazah Doktor Pendidikan