Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama di daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia - FASS Final Project (BIS)

Norhayati Ya'acob, (2013) Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama di daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia - FASS Final Project (BIS). Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
library-document-989.pdf

Download (1308Kb) | Preview

Abstract

Kemurungan merupakan salah satu gangguan mental atau yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia, latar belakang hidup , status ekonomi , ras dan taraf pendidikan. Kemurungan juga kerap terjadi dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku pelajar seperti keresahan, tekanan dan stress. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah agama kerajaan Johor ialah masalah halangan komunikasi, masalah interaksi sosial yang berkaitan dengan pergaulan rakan sebaya, masalah pencapaian prestasi akademik, kejutan budaya persekitaran, , masalah keluarga dan peribadi. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar di tiga sekolah agama Kerajaan Johor Darul Ta’zim Malaysia di Johor Bahru iaitu Sekolah Agama Dato’ Onn Jaafar, Sekolah Agama Bandar Baru Uda dan Sekolah Agama FRU 2 (Federal Reserve Unit 2). Kajian ini akan menggunakan persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan yang mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Seramai 254 pelajar digunakan sebagai sampel kajian. Penyelidik juga akan menggunakan Inventori Kemurungan Beck dan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang pelajar kemurungan. Bahagian B: Faktor-faktor dan jenis salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan dan Bahagian C: Persepsi pelajar terhadap pendekatan kaunseling bagi menangani masalah kemurungan. Data akan dianalisis menggunakan Perisian SPSS versi 16.0. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan jalan penyelesaian bagaimana masalah kemurungan dapat di atasi melalui kearah mendekatkan diri dengan agama dan keimanan. (Abstract by author)

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Project paper, Final project, BIS
Divisions: Cluster of Applied Sciences
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 22 Dec 2014 03:40
Last Modified: 27 May 2021 23:50
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/989

Actions (login required)

View Item View Item