Kesan Pembelajaran Koperatif ke atas Pelajar Martikulasi Dalam Matapelajaran Matematik

Effandi Zakaria, and Abd. Razak Habib, (2006) Kesan Pembelajaran Koperatif ke atas Pelajar Martikulasi Dalam Matapelajaran Matematik. Jurnal teknologi, 45.

Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...

Abstract

Tujuan kajian eksperimental kuasi ini ialah untuk menentukan kesan pembelajaran koperatif ke atas kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran metakognitif, pencapaian Matematik, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah pelajar–pelajar matrikulasi. Kumpulan rawatan (n = 36) adalah kumpulan koperatif, manakala kumpulan kawalan (n = 34) menerima pengajaran secara tradisional. Bagi mengawal perbezaan pemboleh ubah–pemboleh ubah yang bergerak balas, ujian pra diberikan kepada kedua–dua kumpulan sebelum pengajaran. Selepas 17 minggu pengajaran, kedua–dua kumpulan diberikan ujian pos. Lima jenis alat kajian digunakan bagi mendapatkan data: Ujian penyelesaian masalah Matematik, ujian pencapaian Matematik, soal–selidik kesedaran metakognitif, soal–selidik sikap terhadap Matematik dan soal–selidik sikap terhadap penyelesaian masalah. Bagi menentukan perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan, data ujian pra dan ujian pos dianalisis dengan menggunakan analisis varian multivariat (MANOVA), diikuti dengan analisis varian univariat (ANOVA). Dapatan kajian daripada MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan secara keseluruhan yang signifikan memihak kepada kumpulan koperatif dalam kemahiran menyelesaikan masalah, pencapaian Matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Bagaimanapun, analisis ANOVA mendapati hanya pencapaian Matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah mempunyai perbezaan signifikan antara kumpulan koperatif dan tradisional. Hasil kajian menunjukkan pelajar dalam kelas pembelajaran koperatif mengatasi pelajar dalam kelas tradisional dalam ujian pos pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah. Saiz kesan adalah sederhana dan dengan itu, kesan rawatan adalah bermakna secara praktisnya. Kata kunci: Pembelajaran koperatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran metakognitif, pencapaian Matematik, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah The purpose of this quasi–experimental study was to determine the effects of cooperative learning on matriculation college students’ Mathematics achievement, attitude towards Mathematics, attitude towards problem solving, metacognitive awareness and problem solving skills. The treatment group (n = 36) was given a cooperative learning environment while the control group (n = 34) received instruction in a traditional learning environment. In order to control the differences in the dependent variables, a pre–test was administered. After 17 weeks of instruction, both groups were given a post–test. Five types of instruments were employed to collect the data: the problem solving test, the Mathematics achievement test, the metacognitive awareness instrument, the attitude towards Mathematics instrument and the attitude towards problem solving instrument. The pre-test and post–test data were analyzed using Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), followed by univariate Analysis of Variance (ANOVA). The MANOVA results revealed the overall significant differences favouring the cooperative learning group in the areas of problem solving skills, Mathematics achievement, metacognitive awareness, attitude towards Mathematics and attitude towards problem solving. However, the ANOVA showed only Mathematics achievement and problem solving skills were found to be statistically significant. The results indicated that students in the cooperative learning class outperformed students in the traditional class on post test achievement and problem solving skills scores. The effect size was moderate and therefore practically meaningful.(Abstract by authors)

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Cooperative learning, Mathematics achievement, attitude towards Mathematics, attitude towards problem solving, metacognitive awareness and problem solving skills.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 11 Jul 2012 06:19
Last Modified: 11 Jul 2012 06:19
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/710

Actions (login required)

View Item View Item