Jenis-jenis rungutan pekerja kilang, kaedah penyelesaian dan kesannya terhadap pekerjaan

Karim , Tumin (2005) Jenis-jenis rungutan pekerja kilang, kaedah penyelesaian dan kesannya terhadap pekerjaan. Masters thesis, Open University Malaysia (OUM).

[img]
Preview
Text
library-document-277.pdf

Download (2773Kb) | Preview

Abstract

Fokus kajian ini ialah rungutan atau perasaan ketidakpuasan hati pekerja kilang, khususnya operator pengeluaran. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan pekerja kilang mempunyai banyak masalah atau rungutan dan sebilangan rungutan itu berkaitan antara satu sama lain. Masalah yang wujud menyebabkan timbulnya rungutan di kalangan mereka. Di antara rungutan itu ialah masalah gaji, ganjaran sampingan, bonus, peluang kenaikan pangkat, peluang mengikuti latihan, ke rja lebih masa, hubungan dengan penyelia, hubungan dengan rakan sekerja, aktiviti kesatuan sekerja, keadaan di tempat kerja, syarat-syarat pekerjaan, kantin kilang, bas atau van kilang, keadaan kesihatan, keadaan kewangan, kerja syif dan keselamaan di tempat kerja. Kajian ini dijalankan ke atas 113 orang operator pengeluaran daripada pelbagai jabatan di kilang Infineon Melaka ( dahulu dikenali sebagai Siemens ). Responden di kehendaki menjawab satu soal selidik yang mengandungi sembilan soalan, iaitu enam soalan mengenai demografi responden, satu soalan mengandungi 17 item mengenai kepuasan atau ketidakpuasan pekerja, satu soalan kaedah penyelesaian rungutan yang mengandungi lima item dan soalan akhir mengandungi tujuh item mengenai kesan rungutan terhadap pekerjaan pekerja. Hasil kajian menunjukkan lebih daripada separuh pekerja kilang berpuas hati terhadap sembilan item dan bakinya berasa kurang berpuas hati terhadap lapan item lagi. ( Rujuk Lampiran P, borang soal selidik soalan 7 ). Kaedah penyelesaian rungutan yang paling kerap digunakan ialah perbincangan dengan rakan sekerja. Hampir satu pertiga daripada responden memilih kaedah penyelesaian melalui penyelia kilang, yang menggunakan prosedur penyelesaian masalah yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Lebih daripada dua pertiga responden berpendapat bahawa rungutan mereka boleh mengakibatkan mutu atau produktiviti kerja mereka menurun. Pengkaji juga mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah rungutan pekerja yang boleh diarnalkan oleh kilang tersebut. Adalah diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan atau rujukan untuk kegunaan pihak industri dalam mengatasi masalah rungutan pekerja di kilang masing-masing. (Author's abstract)

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Employees' satisfaction ;
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 14 Oct 2009 07:02
Last Modified: 10 Sep 2015 02:35
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/277

Actions (login required)

View Item View Item