Peningkatan tahap kognitif visualisasi pelajar jurusan teknikal melalui latihan-latihan visualisasi

Widad Othman, and Lee, Ming Foong (2008) Peningkatan tahap kognitif visualisasi pelajar jurusan teknikal melalui latihan-latihan visualisasi. In: International Conference on the Education of Learner Diversity 2008, 26-27 August 2008, Marriot Hotel, Putrajaya.

[img]
Preview
Text
widad.pdf - Submitted Version

Download (10Mb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan latihan visualisasi dalam peningkatan tahap kognitif visual di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasieksperimenlental dengan kumpulan kawalan ujian pra-ujian pos manakala sampel kajian adalah terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang masing-masing mempunyai 26 orang, iaitu jumlahnya seramai 52 orang. lnstrumen kajian pula merangkumi Ujian Kebolehan Ruang -Visualisasi, soalan temubual dan senarai semak pemerhatian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa selepas pendedahan latihan visualisasi, kumpulan rawatan mencapai peningkatan min skor tahap kognitif visualisasi yang signifikan jika dibandingkan dengan sebelum didedahkan latihan visualisasi (nilai signifikan ujian-t = ,019). Hasil temu-bual turut menunjukkan maklum balas yang positif dan komen konstruktif daripada pelajar rawatan. Selain itu, min skor kognitif visualisasi bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi jika dibanding dengan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, pendedahan latihan visualisasi berupaya mempertingkatkan tahap kognitif visualisasi pelajar. Oleh yang demikian, para guru digalak memasukkan latihan visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran LK memandangkan mata pelajaran ini amat memerlukan penggunaan kenlahiran dan tahap kognitif visualisasi yang tinggi. (Authors' abstract)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Visualization cognitive ; Lukisan Kejuruteraan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 25 Aug 2009 07:29
Last Modified: 19 Jun 2013 06:55
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/255

Actions (login required)

View Item View Item