Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti

Jamil Ahmad, and Norlia Goolamally, (2008) Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. In: Panitia Diklat Mahajemen Guru Internasional 2008, 4-5 Jun 2008. (Submitted)

[img]
Preview
Text
pentadbiran.pdf - Submitted Version

Download (564Kb) | Preview

Abstract

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah, KPM telah merangka dan melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Selaras dengan itu KPT juga telah menyediakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi ke arah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan iaitu pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Pertama, memperkukuh pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan yang memberi impak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Kedua, membuka laluan pengajian tinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian seperti universiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS seperti Open University Malaysia juga telah berkembang pesat dan memainkan peranan yang penting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikan di Malaysia. (Authors' abstract)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Education -- Malaysia -- Management ; Distance education -- Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 11 Jun 2009 06:57
Last Modified: 16 Jun 2013 00:54
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/160

Actions (login required)

View Item View Item