Hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah

Norsaliza Sidek, (2022) Hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah. Masters thesis, Open University Malaysia.

[img]
Preview
Text
library-document-1541.pdf - Submitted Version

Download (521Kb) | Preview

Abstract

Kejayaan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah amat bergantung kepada tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan belajar melalui bermain. Selain itu, tujuan kajian juga adalah untuk melihat hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Seramai 56 orang guru tadika swasta di Daerah Marang, Terengganu telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi memperoleh data kajian. Data dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang tinggi oleh responden dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain di mana tahap pengetahuan menunjukkan min 4.35 dan min tahap kemahiran adalah 4.31. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara pengetahuan (r =.849, p <.005) dan kemahiran guru (r = .828, p < .005) dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah. Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan belajar melalui bermain bagi membantu perkembangan sosial, emosi, kognitif dan fizikal kanak-kanak secara bersepadu dan holistik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Uncontrolled Keywords: bermain, pengetahuan dan kemahiran guru
Subjects: > > LB1501 Primary Education
> > LB1501 Primary Education
> > LB1501 Primary Education

> LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Education and Social Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 17 Aug 2023 01:51
Last Modified: 17 Aug 2023 01:51
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1541

Actions (login required)

View Item View Item