Analisis Keperluan Pembangunan Manual Psikospiritual Islam Dalam Penjagaan Paliatif

Che Zarrina Sa’ari, and Hasimah Chik, and Che Zuhaida Saari, and Sharifah Basirah Syed Muhsin, and Nor Azah Abdul Aziz, and Khairul Hamimah Mohammad Jodi, and Abdul Salam Muhamad Shukri, and Salmah Karman, and Abdul Ghafar Surip, and Sheriza Izwa Zainuddin, (2021) Analisis Keperluan Pembangunan Manual Psikospiritual Islam Dalam Penjagaan Paliatif. In: Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021 “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”, 9 September 2021, Universiti Sains Islam Malaysia.

Full text not available from this repository.
Official URL: https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/12345678...

Abstract

Penjagaan paliatif ialah penjagaan secara holistik melibatkan aspek fizikal, spiritual, mental dan sosial kepada pesakit terminal atau pesakit tiada harapan sembuh seperti pesakit kanser, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan lain-lain. Kajian ini membawa pendekatan Islam dalam konsep penjagaan pesakit tersebut. Artikel ini membincangkan analisis keperluan kajian reka bentuk dan pembangunan manual psikospiritual Islam dalam penjagaan paliatif dan elemen yang menjadi keperluan dalam penjagaan tersebut. Metodologi kajian menggunakan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang mempunyai tiga fasa utama dibangunkan oleh Richey dan Klein. Artikel ini memberi fokus kepada fasa pertama kajian iaitu analisis keperluan. Pendekatan kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik kepada 210 orang responden. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 25 bagi memperolehi kadar kekerapan (ƒ) dan purata min (x̅) dalam dapatan kajian. Dapatan kajian mendapati majoriti yang terdiri daripada pengamal perubatan, penjaga, pesakit dan populasi awam bersetuju dengan pembinaan manual berasaskan psikospiritual Islam. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan heirarki elemen penekanan dalam manual bermula dengan elemen sokongan emosi dalam manual dengan kadar purata min (x̅) tertinggi, diikuti dengan penekanan kepercayaan kepada Tuhan, sokongan spiritual dan keagamaan, pengurusan diri dan fizikal, pengurusan trauma atau pengalaman lalu dan yang terakhir ialah sokongan dalam aktiviti bersosial (Abstract by authors)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: E-Prosiding SAIS 2021
Uncontrolled Keywords: keperluan, manual, psikospiritual, penjagaan, paliatif.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Education and Social Sciences
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 07 Aug 2022 02:13
Last Modified: 03 Nov 2022 01:31
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1475

Actions (login required)

View Item View Item