Perkhidmatan profiling pintar ISP (intelligent service profiling) pembangunan sistem berdasarkan web bagi menjana konfigurasi rangkaian

Mohd Onn Fikrie Mohd Razali, (2021) Perkhidmatan profiling pintar ISP (intelligent service profiling) pembangunan sistem berdasarkan web bagi menjana konfigurasi rangkaian. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1446.pdf - Submitted Version
Available under License Creative Commons Attribution No Derivatives.

Download (5Mb) | Preview

Abstract

Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini adalah merupakan satu sistem yang mana dapat membantu pengguna-pengguna dalam pemudah cara sebelum membuat sesuatu konfigurasi bagi elemen rangkaian yang terdapat di Syarikat Telekomunikasi. Ia digunakan bagi jabatan yang mengendalikan OSI 7 layer pada peringkat Jalur ke-3 iaitu Network Layer bagi memenuhi permintaan baru dari pelanggan. Ia bertujuan bagi memudahkan kerja dalam mengendalikan router di peringkat CE (Customer Edge) & PE (Provider Edge). Sistem ini dapat mengenalpasti maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum konfigurasi dilakukan. Hal ini boleh mengelakkan pengguna dari melakukan kesilapan dalam melakukan konfigurasi berbanding dengan konfigurasi secara manual yang di gunakan sebelum ini dengan menggunakan aplikasi Notepad. Sebelum ini, pengguna akan mendapatkan maklumat dari sistem inventori dan meletakkan di dalam aplikasi Notepad. Kemudian maklumat tersebut akan digunakan untuk di konfigurasi ke dalam elemen rangkaian menggunakan aplikasi seperti ‘Putty’ atau ‘SecureCRT’. Sistem ini dibangunkan melalui HTML, CSS3, JavaScript, jQuery, PHP dan MySQL. Objektif utama sistem ini bagi mengatasi kesilapan konfigurasi secara khusus terhadap perkhidmatan servis baru, atau pengubahan kelajuan jalurlebar. Ia juga dapat membuat pengesahan konfigurasi melalui elemen rangkaian seperti periksa antaramuka, pengalamatan IP dan QoS (Quality Of Service). Kesimpulannya, Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini adalah merupakan satu sistem yang mana dapat membantu pengguna dalam pemudah cara sebelum membuat sesuatu konfigurasi bagi elemen rangkaian. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dalam Rangkaian dengan Kepujian
Uncontrolled Keywords: Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP), pemprofailan, pengesahan konfigurasi, BITN papan pemuka, laporan.
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: Faculty of Applied Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 22 Jun 2022 01:47
Last Modified: 22 Jun 2022 01:47
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1446

Actions (login required)

View Item View Item