Kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA Alam Damai

Mohd Rosli Abd Jalil, (2021) Kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA Alam Damai. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1442.pdf - Submitted Version
Available under License Creative Commons Attribution No Derivatives.

Download (1890Kb) | Preview

Abstract

Perumahan merupakan suatu keperluan asas kepada semua. Setiap individu yang memiliki rumah pasti mengharapkan rumah yang berkualiti dan memuaskan untuk didiami. Rumah yang berkualiti berhasil meningkatkan kualiti hiduo yang baik. Terdapat berbagai jenis perumahan yang ada dibangunkan oleh pemaju mengikut kepada ketegori-ketegori pembeli yang ada di Malaysia. Kategori itu adalah, pendapatan isi rumah dalam julat tertinggi 20%.(T20), pendapatan isi rumah dalam julat pertengahan 40% (M40), dan pendapatan isi rumah dalam julat terendah 40%.(B40). Langkah kerajaan mewujudkan program Perumahan Rakyat satu (1) Malaysia (PR1MA) adalah bagi tujuan menyediakan rumah berkualiti tinggi buat golongan berpendapatan M40 di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara. Ia seperti memberi sinar baru kepada sebahagian besar rakyat Malaysia yang merupakan 50 peratus darinya adalah golongan M40. Kepuasan pembeli rumah PR1MA merupakan faktor utama kejayaan program PR1MA ini. Jika terdapat pembeli rumah PR1MA yang tidak berpuas hati maka ia memberi impak yang negatif kepada bakal pembeli rumah PR1MA di negeri-negeri yang lain. Secara tidak langsung ia mempengaruhi kejayaan program rumah PR1MA. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA secara keseluruhannya. Kepuasan pembeli/penghuni rumah PR1MA akan mencerminkan program rumah PR1MA. Projek perumahan PR1MA yang di pilih untuk kajian kes ini ialah Rumah PR1MA Alam Damai (PAD) Kuala Lumpur. Seterusnya untuk mendapatkan maklum balas kepuasan pembeli/penghuni rumah PAD kaedah Penilaian Pasca Penghunian atau Post Occupancy Evaluation (POE) dan Kepuasan Pembeli Rumah atau Home-Buyer Satisfaction (HOMEBSAT) akan digunakan dengan menggunakan borang kajiselidik bagi mendapatkan maklum balas terhadap kepuasan pembeli rumah PAD. Tiga faktor utama yang ditekan adalah, kualiti reka bentuk, kualiti persekitaran dalaman, dan kualiti perkhidmatan sokongan bangunan. Akhir sekali, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan semua pihak terutamanya pemaju perumahan dan pihak profesional yang terlibat dalam proses awalan dalam pembinaan perumahan. Selain itu pihak PR1MA juga boleh menggunakan data-data ini untuk menambahbaik pada projek-projek PR1MA yang lain. lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin sekali gus memastikan kesejahteraan hidup masyarakat. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Projek Tahun Akhir diserahkan untuk memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek dan Kemudahan dengan Kepujian
Uncontrolled Keywords: Kualiti Perumahan, Kaedah Pengujian, Kualiti Perumahan, Perumahan, Project paper , MPM , Master of Project Management and Facilities , Sarjana Muda Pengurusan Projek dan Kemudahan Rakyat 1 Malaysia, Rumah PR1MA Alam Damai.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 20 Jun 2022 00:40
Last Modified: 20 Jun 2022 00:40
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1442

Actions (login required)

View Item View Item