Tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di balai bomba dan penyelamat KLIA, Selangor

Amir Hamzah Abdull Majid, (2021) Tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di balai bomba dan penyelamat KLIA, Selangor. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1439.pdf - Submitted Version
Available under License Creative Commons Attribution No Derivatives.

Download (1470Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dengan mengkhususkan kepada tiga objektif, iaitu (i) untuk mengenalpasti faktor tekanan kerja dominan, (ii) tahap tekanan kerja, dan (iii) hubungan antara tekanan kerja dengan demografi (umur, taraf pendidikan, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang kaji selidik dengan melibatkan seramai 75 anggota bomba sebagai responden. Analisis dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa faktor tekanan kerja dominan dalam kalangan responden adalah faktor struktur dan iklim. Manakala tahap tekanan kerja berada pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua faktor tekanan kerja. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan umur dan status perkahwinan responden, namun taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan menunjukkan sebaliknya. Kajian ini dirujuk penting agar pihak berkepentingan, terutama pihak pengurusan bomba untuk melaksanakan strategi yang agresif bagi mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan anggotanya demi kesejahteraan hidup mereka. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek Penyelidikan yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian
Uncontrolled Keywords: tekanan kerja, bomba, demografi, faktor, tahap , Work stress , Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , BOSHM
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Applied Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 18 Jun 2022 04:05
Last Modified: 18 Jun 2022 04:08
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1439

Actions (login required)

View Item View Item