Sistem Kawalan Dalaman Dan Keberkesanan Audit Dalaman Di Sektor Awam Malaysia (Kajian Kes Daerah Muallim)

Rasman Abdullah, (2021) Sistem Kawalan Dalaman Dan Keberkesanan Audit Dalaman Di Sektor Awam Malaysia (Kajian Kes Daerah Muallim). -. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1385.pdf - Submitted Version

Download (600Kb) | Preview

Abstract

Kajian kes ini ditulis sebagai sebahagian daripada Sarjana Muda Dalam Perakaunan (Kepujian) di Open University Malaysia. Kajian ini membincangkan Sistem Kawalan Dalaman Dan Keberkesanan Audit Dalaman Di Sektor Awam Malaysia (Kajian Kes Daerah Muallim). Ia mengambil kira kajian literatur dan juga melakukan penyelidikan empirikal bagi menyelesaikan kajian kes ini. Terdapat banyak risiko dan laporan yang dikeluarkan oleh media massa, dimana pentadbiran perkhidmatan awam telah berlaku perkara-perkara yang merosakkan integriti dikalangan penjawat awam. Oleh itu adalah menjadi satu perkara yang penting bagi jabatan dalam perkhidmatan awam mempunyai kawalan dalaman yang teratur dan cekap bagi menangani masalah integriti didalam perkhidmatan awam. Pengurusan tertinggi tidak mampu untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi, oleh itu setiap perkhidmatan awam di kawasan tersebut harus mengunakan Sistem Kawalan Dalaman dan Audit Dalaman untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetengahkan kepentingan fungsi kawalan dalaman, serta keberkesanan audit dalaman. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan beberapa kesimpulan bagi peningkatan audit dalaman dan cara aktiviti di dalam perkhidmatan awam. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik pada sampel 40 kakitangan awam terpilih. Pendekatan kuantitatif data dibuat dengan analisis statistik, dan grafik menggunakan Microsoft Office Excel 2016. Selain itu, terdapat juga beberapa cadangan yang diberikan untuk penyelidikan lebih lanjut. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Project Paper submitted in partial fulfilment for the degree of BACHELOR OF ACCOUNTING (HONS)
Uncontrolled Keywords: Sistem Kawalan Dalaman; Audit Dalaman; Perkhidmatan Awam; Keberkesanan Audit Dalaman, Project paper, BAC
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Business & Management
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 24 Aug 2021 04:01
Last Modified: 05 Jan 2023 02:19
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1385

Actions (login required)

View Item View Item