Suruhanjaya Pilihanraya dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia yang Lebih Adil, Bersih, Dan Sistematik: Strategi Dan Penyelesaian

Mohamed Noor Mohamed Amin, (2020) Suruhanjaya Pilihanraya dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia yang Lebih Adil, Bersih, Dan Sistematik: Strategi Dan Penyelesaian. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1325.pdf - Submitted Version

Download (1602Kb) | Preview

Abstract

Pilihan raya merupakan instrumen penting yang menandakan sebuah negara mengamalkan demokrasi dan digunakan oleh rakyat untuk memilih wakil rakyat dengan cara mengundi dan secara tidak langsung memilih parti yang akan membentuk kerajaan. Dalam konteks negara membangun seperti Malaysia, persoalan pilihan raya yang adil, bersih, dan sistematik sering diutarakan kerana sebelum PRU 14, Malaysia tidak pernah menukar parti pemerintahnya. SPR merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya di Malaysia yang bertanggungjawab membuat kajian dan persempadanan, menjalankan urusan pendaftaran pemilih, dan menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai peranan, dan strategi sedia ada yang dilaksanakan oleh SPR dalam mencapai pilihanraya yang adil,bersih dan sistematik. Bagi memastikan tujuan kajian dicapai, kajian ini menggariskan dua objektif utama bagi memandu kajian iaitu; meneliti strategi SPR dalam membentuk sistem pilihan raya yang adil, bersih, dan sistematik; dan, mencadangkan penyelesaian terhadap masalah-masalah dan isu-isu yang timbul. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data yang diperoleh adalah daripada dua sumber utama iaitu kajian dokumen dan kajian perpustakaan di mana kedua-dua sumber ini dilihat memadai bagi mencapai objektif kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi yang digunakan oleh SPR adalah dengan mengguna pakai undang-undang dan peraturan dan menetapkan elemen-elemen penting yang perlu diikuti dalam menjalankan pilihan raya. Selain daripada itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa SPR sedang dalam perancangan untuk melakukan reformasi terhadap badan SPR. Bahagian akhir kajian ini turut memberi cadangan yang boleh diambil kira dalam membantu SPR mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah dan isu-isu yang timbul. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Sebahagian Syarat Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) Kluster Pendidikan Dan Sains Sosial
Uncontrolled Keywords: Suruhanjaya Pilihan Raya, Pilihan Raya, Strategi Penyelesaian, Bersih, Adil, Sistematik, Project paper, BPS
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 25 Apr 2021 11:04
Last Modified: 27 May 2021 23:26
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1325

Actions (login required)

View Item View Item