Faktor-faktor Mempengaruhi dan Hubungannya dalam Penglibatan Wanita Muda dalam Persatuan atau Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Daerah Kota Setar: Strategi dan Penyelesaian

Nur Naajla Shafyqa Abdul Mutalib, (2020) Faktor-faktor Mempengaruhi dan Hubungannya dalam Penglibatan Wanita Muda dalam Persatuan atau Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Daerah Kota Setar: Strategi dan Penyelesaian. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1322.pdf - Submitted Version

Download (1366Kb) | Preview

Abstract

Penduduk di Malaysia telah mencecah lebih daripada 30 juta orang dan lebih kurang 6 Juta daripada jumlah tersebut merupakan golongan wanita muda yang berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun. Dalam tempoh rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyemak semula Dasar Wanita Negara dengan memberi keutamaan kepada isu-isu berkaitan dengan peluang, cabaran dan keperluan semasa dan masa hadapan wanita muda. Penambahbaikan dan strategi harus dibuat untuk mengarusperdanakan kesamarataan gender di setiap sektor. Penglibatan wanita muda amat penting dalam persatuan atau organisasi bukan kerajaan (NGO) dan ia adalah salah satu matlamat penting untuk memperkasakan wanita dalam pembangunan negara. Penyertaan wanita muda dilihat sebagai satu bahagian yang dapat menyempurnakan lagi usaha pembangunan negara. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi dan hubungannya dengan penglibatan wanita muda dalam persatuan atau organisasi bukan kerajaan (NGO) di daerah Kota Setar. Kajian ini dilakukan untuk mendapat beberapa strategi yang boleh diketengahkan untuk mempengaruhi golongan wanita muda untuk lebih berminat dalam menyertai aktiviti berpersatuan atau organisai bukan kerajaan (NGO). Kajian ini turut melihat akan dapat menghasilkan maklumat yang tepat untuk melihat tahap penglibatan wanita muda dalam berpersatuan sebagai landasan yang amat berguna kepada Persatuan-persatuan Belia atau Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) untuk memperbaiki tahap penglibatan berkenaan. Hasil daripada dapatan kajian ini memberi gambaran yang sebenar serta faktor-faktor mempengaruhi dan hubungannya dalam penglibatan wanita muda dalam persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) di daerah Kota Setar. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Sebahagian Syarat Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) Kluster Pendidikan Dan Sains Sosial
Uncontrolled Keywords: Wanita Muda, Kesamarataan Gender, Penglibatan Wanita Muda, Faktor Mempengaruhi, Berpersatuan, Organisasi Bukan Kerajaan, Project Paper, BPS
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 25 Apr 2021 10:45
Last Modified: 14 May 2021 23:11
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1322

Actions (login required)

View Item View Item