Tahap Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Penjawat Awam di Kota Kinabalu : Satu Tinjauan Awal

Mohd Azizul Rosun Khan, (2020) Tahap Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Penjawat Awam di Kota Kinabalu : Satu Tinjauan Awal. Open University Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
library-document-1315.pdf - Submitted Version

Download (808Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap psikologi dan prestasi kerja penjawat awam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Pemboleh ubah kajian ini adalah kecerdasan emosi, kepuasan kerja serta jantina. Seramai 200 orang responden pelbagai gred jawatan dalam perkhidmatan awam terlibat dalam kajian ini. Pemerolehan data menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Manakala reka bentuk kajian ini adalah bentuk deskriptif jenis tinjauan. Data-data mentah diproses menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan berbantukan perisian SPSS versi 23. Statistik yang digunakan adalah min, peratus, sisihan piawaian dan Ujian t. Dapatan kajian akan dibincangkan secara empirikal berdasarkan hasil ujian statistik dan setiap satunya akan dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf. Di akhir kajian ini nanti akan dikemukakan cadangan –cadangan kajian masa depan. Cadangan adalah berdasarkan dapatan hasil kajian yang dilaksanakan yang akan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengkaji-pengkaji akan datang untuk menjalankan kajian dalam bidang yang sama. (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: A Project Paper submitted in partial fulfilment of the requirements for the degree of Bachelor of Applied Social Sciences
Uncontrolled Keywords: Kecerdasan emosi, Kepuasan Kerja dan Penjawat Awam, Project Paper, Bachelor of Applied Social Sciences, BASS
Subjects: H Social Sciences > HF5549.5 Personnel management
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Siti Norfazila Ismail
Date Deposited: 22 Apr 2021 00:54
Last Modified: 27 May 2021 23:41
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1315

Actions (login required)

View Item View Item