Tahap pengekalan, enrolmen dan proses pembelajaran dalam kursus MOOC : satu tinjauan awal

Zahari Hamidon, (2014) Tahap pengekalan, enrolmen dan proses pembelajaran dalam kursus MOOC : satu tinjauan awal. In: Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, 1-2 December 2014, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
Text
library-document-1314.pdf

Download (41Mb) | Preview

Abstract

‘Massive Open Online Courses’ (MOOCs) yang merujuk kepada program atau kursus-kursus terbuka yang dilaksanakan secara dalam talian secara besar-besaran dari konteks penglibatan peserta dan bilangan enrolmennya. Kebanyakan dari pesertanya terdiri dari ‘pelajar dewasa’ yang bekerja. Dalam pendidikan sepanjang hayat (PSH) pelajar datang dari pelbagai latarbelakang, umur dan profesion. PSH mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia bagi memperolehi pengetahuan, nilai, kemahiran dan kefahaman sepanjang hayat mereka. Semenjak MOOCs di perkenalkan oleh Dave Cormier dan Stephan Downes pada tahun 2008, serba sedikit telah mengubah corak penyampaian kursus di kebnayakan institusi pengajian tinggi. MOOC di laksanakan di ruang dalam talian agar peserta boleh berinteraksi dan meneroka dalam pembelajaran bagi topik berkaitan. MOOC amat sesuai dengan PSH kerana melaluinya peserta boleh memenuhi kehendak karier dan peningkatan pengetahuan melalui teknologi internet. Peserta mempunyai pilihan, sama ada untuk memilih MOOC percuma atau MOOC yang berbayar. Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat awal tentang profail peserta melalui salah satu kursus MOOC di openlearning.com. Maklumat berkaitan bilangan enrolmen, bilangan penglibatan peserta dalam menjalani setiap tugasan dalam kursus dan bilangan kursus lain yang dipilih oleh peserta juga dikumpulkan untuk membantu penyelidik dalam menghasilkan petunjuk-petunjuk awal sebelum mengembangkan kursus ini ketahap yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak peserta. Kajian ini melaporkan tentang tahap perhatian peserta, bilangan kursus yang diambil bersama kursus ini, dan kadar enrolmen dalam seminggu sehingga tamat tarikh kursus. Kajian ini juga memastikan fungsi MOOC dalam menyampaikan pengetahuan kepada individu yang memerlukan dan ganjaran yang bakal diterima oleh pihak pembangun, jurulatih, pensyarah dan guru. (Abstract by author)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: ‘Massive Open Online Courses’ (MOOCs), Lifelong learning, Retention rate, Enrollment
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 05 May 2021 12:59
Last Modified: 05 May 2021 12:59
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1314

Actions (login required)

View Item View Item