Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Kuliah Agama di Masjid dalam Daerah Kuala Terengganu

Mohd Abdullah, (2020) Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Kuliah Agama di Masjid dalam Daerah Kuala Terengganu. Open University Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
Text
library-document-1313.pdf

Download (2181Kb) | Preview

Abstract

Kaedah penyampaian ilmu berubah dari semasa ke semasa mengikut zaman. Pada zaman mutakhir ini setelah berlakunya perkembangan yang drastik dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) perubahan yang drastik juga turut berlaku dalam bidang pendidikan. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak mempengaruhi teknik penyampaian ilmu di semua premis pendidikan termasuklah masjid serta surau dan seumpamanya.Penggunaan peralatan TMK (ICT) banyak membantu para guru atau muallim dalam penyampaian ilmu kepada anak didik dan juga masyarakat.Pada masa dahulu para guru dan ustaz terpaksa memikul alat bantu mengajar untuk mengajar anak didik di premis masing-masing dan para muallim hanya menggunakan kapur dan percakapan sahaja atau kaedah tradisional ini disebut sebagai “chalk and talk” dan tentu sekali agak membosankan. Pada zaman ini para guru hanya membawa peralatan TMK (ICT) yang dikenali sebagai” pendrive” sebesar ibu jari untuk dibawa ke kelas.Semua bahan pengajaran yang diajar pada hari itu boleh disimpan dan diekseskan semula melalui komputer riba atau” laptop” dan dipancarkan ke atas skrin melalui projektor LCD. Kaedah pengajaran ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional “Chalk and talk’. Dengan menggunakan peralatan ICT pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan kerana peralatan ini dapat merangsangkan deria dan minda pelajar secara berterusan sepanjang pengajaran berlangsung.Senario pembelajaran seperti ini turut dialami oleh komuniti masjid dalam menimba ilmu di masjid yang merupakan premis pembelajaran sepanjang hayat.Melalui kajian ini pihak pengkaji memberi tumpuan sepenuhnya kepada komuniti masjid daripada lima buah masjid dalam daerah Kuala Terengganu iaitu Masjid Zainal Abidin, Masjid Al Muktafibillah ,Masjid Al Tohiri Gelugor, Masjid Al Mutaqim dan Masjid Tok Jamal. Objektif kajian ini ialah untuk membuktikan keberkesanan penggunaan ICT dalam kuliah agama di masjid-masjid kajian.Jumlah responden untuk kajian ini ialah seramai 50 orang iaitu terdiri daripada 10 orang responden bagi setiap masjid kajian Pengkaji memilih kaedah kajian kualitatif untuk kajian ini kerana maklumat yang diperolehi lebih tepat dan sahih. Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian ini dapat menokok tambah dapatan yang telah disumbangkan oleh ramai pengkaji yang terdahulu dalam berbagai aspek lain. Pengkaji juga berharap dapatan kajian ini akan digunakan sebagai maklumat asas oleh pengkaji lain untuk melajutkan kajian mereka pada masa hadapan. Daripada hasil penemuan kajian ini pengkaji mendapati bahawa penggunaan ICT dalam kuliah agama di lima buah masjid yang dipilih untuk kajian ini terbukti mendatangkan kesan yang positif kepada komuniti masjid . (Abstract by author)

Item Type: Other
Additional Information: Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian Keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
Uncontrolled Keywords: Project paper, BIS, ICT, Kuliah Masjid, Technology in education
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Cluster of Education and Social Sciences
Depositing User: Shahril Effendi Ibrahim
Date Deposited: 22 Apr 2021 00:38
Last Modified: 24 Apr 2021 02:17
URI: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1313

Actions (login required)

View Item View Item