Library Operating Hours for Thursday, 18 April 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Pelajar melanggar disiplin sekolah: Kaitan interaksi keluarga terhadap konsep kendiri
Posted on 14 December 2016 by Azlinda Abd Rahim (Library Manager)
Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti corak interaksi keluarga dalam kalangan pelajar melanggar disiplin sekolah serta kaitannya dengan konsep kendiri. Pengumpulan data menggunakan satu set soal selidik yang melibatkan maklumat demografi, skala interaksi keluarga dan skala konsep kendiri. Seramai 313 orang pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin dari daerah Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan ibu dan bapa serta pendapatan keluarga menyumbang dalam perbezaan interaksi keluarga dalam kalangan pelajar yang melanggar disiplin. Dua subskala dalam interaksi keluarga iaitu kefungsian umum serta kejelekitan keluarga menyumbang sebanyak 31.8 peratus terhadap konsep kendiri pelajar melanggar disiplin. Oleh itu, interaksi keluarga khusus kefahaman mengenai peranan masing-masing serta kejelekitan atau keakraban perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan konsep kendiri.

Kata kunci: interaksi keluarga; konsep kendiri; pelajar melanggar disiplin sekolah


Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us