Bengkel Kemahiran Maklumat (ISW) Semester Mei 2013

Bengkel Kemahiran Maklumat (ISW) Semester Mei 2013

11-Jun-13 2:32 pm 23 comments

Bengkel Kemahiran Maklumat (ISW) akan dijalankan di PP N.Sembilan, Melaka dan Sarawak pada 15 & 16 Jun 2013. Berikut adalah maklumat lanjut tentang Bengkel tersebut:

Pusat Pembelajaran Tarikh Masa
PP Melaka 16 Jun 2013 (Ahad) 9.00 pg – 11.00 pg & 2.30 ptg – 4.30 ptg
PP Sarawak 15 & 16 Jun 2013         (Sabtu & Ahad) 9.00 pg – 11.00 pg & 2.30 ptg – 4.30 ptg
PP N. Sembilan 16 Jun 2013 (Ahad) 8.30 pg – 10.30 pg & 11.00 pg – 1.00 ptg

Semua Pelajar OUM dijemput hadir ke Bengkel yang dijalankan secara percuma ini. Antara yang akan dipelajari ialah cara penggunaan OUM Digital Library dan juga cara memohon buku bagi pelajar di luar Lembah Klang. Pelajar juga akan ditunjuk-ajar tentang cara mendapatkan maklumat / bahan dari Perpustakaan untuk meyiapkan tugasan. Cara mendapatkan artikel jurnal juga akan dipelajari semasa Bengkel ini.

Sila berhubung dengan Pentadbir PP masing-masing atau hubungi pustakawan Shahril Effendi Ibrahim (shahril_effendi@oum.edu.my) di 03-2773 2331/2134 bagi maklumat lanjut.

isw1_blog

Bengkel Kemahiran Maklumat (ISW) di PP Sandakan pada Jan 2013

isw2

Bengkel Kemahiran Maklumat (ISW) di PP Sandakan pada Jan 2013

Beberapa Pusat Pembelajaran seperti PP Batu Pahat, PP Sabah, PP Perak dan PP P. Pinang  juga akan menjalankan Bengkel ini dalam masa terdekat. Nantikan entry seterusnya bagi maklumat lanjut tentang Bengkel yang akan dijalankan di PP tersebut.

Leave a reply